Tragedi Nurin Jazlin, Satu Lagi Peringatan

Pertamanya marilah kita sama-sama membacakan Al-Fatihah buat arwah Nurin Jazlin yang telah disahkan meninggal dunia dan selamat dikebumikan hari jumaat lepas.Saya sendiri tak tahan menahan air mata bila memikirkan tentang apa yang dialami oleh anak kecil ni di akhir hayatnya.

Entah apalah seksaan dan deraan yang dilakukan oleh manusia berhati binatang itu. Sewajarnya dia diberikan hukuman yang berat dan bukan sekadar dipenjara atau dirotan.Buat ibu bapa dan kelurga terdekat, diharap anda terus bersabar menghadapi ujian dari-Nya.

Tragedi ini memberikan satu lagi peringatan kepada kita sebagai ibu bapa agar lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan memudaratkan anak-anak kita tanpa kita sedar. Saya tak menyalahkan ibu bapa arwah sebab daripada apa yang saya baca didalam blog Nurin Jazlin , itu adalah kali pertama dah terakhir dia keluar bersendirian tanpa ditemani sesiapa.

Bagi saya, tak ada ibu bapa yang inginkan perkara buruk terjadi kepada anak-anak mereka. Kadang-kadang ada perkara di luar kawalan atau jangkaan kita. Saya sendiri pernah beberapa minit kehilangan anak sulung saya (Aisyah-4tahun) di pasar malam. Biasanya saya memang tak pernah pergi ke pasar malam tanpa suami. Maklumla, nak kawal 2 orang anak dengan perut yang sarat mengandung masa tu, mesti memenatkan.

Tapi, hari tu entah macam mana terasa bosan dan teringin sangat nak makan keropok lekor. Kami pun pergi ke pasar malam dekat rumah. Takde la jauh, tak sampai 5 minit pun jalan kaki. Lepas beli air, saya pun singgah kat gerai sebelah yang jual keropok. Bila dah siap beli, saya toleh tengok Aisyah takde. Menggelabah jadinya.

Then, saya nampak Aisyah tengah berjalan sorang-sorang sambil menangis dan ada seorang pakcik yang tanya dia kat mana mak? Cepat-cepat saya pergi kat dia. Nasib baik dia tak melintas jalan atau diculik (nauzubillah..mintak dijauhkan). Tak dapat bayangkan apa yang akan jadi.

Sejak hari tu memang saya serik. Dan ia memang satu pengajaran yang berguna untuk saya. Jangan sekali-kali lepaskan tangan anak kalau berjalan di pasar malam. Kalau agak-agak tak boleh nak control, tak payah pergi pasar malam atau jangan bawak mereka. Biar dia menangis tak ikut, daripada perkara buruk terjadi.

Akhir kata, semoga ini adalah berita terakhir yang kita dengar mengaitkan kanak-kanak yang tak berdosa. Untuk si pelaku, anda takkan lepas dari balasan atas segala perbuatan keji ni.

Related posts:

  1. Siapa Lagi Yang Mahu Berjaya Dengan Hanya Berpandukan Empat Kata Kunci?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge