Tundukkan ego anda dengan membaca Al Quran.

Ego adalah masalah hati yang sangat besar kerana ego akan membentuk dinding di antara kita dan kebenaran. Semakin besar ego yang ada pada diri kita, semakin jauh kita dengan kebenaran. Oleh itu, jika kita sedar diri kita mempunyai ego, kita perlu tundukkan ego tersebut secepat mungkin.

Anda perlu tundukkan ego yang ada pada diri anda secepat mungkin kerana ego hanya akan beri anda masalah dari kebaikan. Cara yang paling baik untuk tundukkan ego adalah melalui bacaan Al –Quran. Ayat – ayat Al –Quran yang di baca dengan ikhlas pasti akan berjaya menundukkan ego di hati kita.

Untuk tundukkan ego yang ada pada diri kita dengan bacaan Al –Quran, anda dahulu perlulah berniat untuk membaca Al –Quran hanya kerana Allah taala iaitu ikhlas. Selain itu, anda anggap usaha anda adalah satu perjuangan jihad kerana anda ingin buang ego supaya anda dapat kenal Allah taala dan rapat dengan Allah taala.

Apabila anda sudah ada tekad untuk berjihad dan niat dengan ikhlas, anda terus baca Al – Quran. Jika anda tidak tahu membaca Al –Quran, anda boleh belajar. Anda jangan malu kerana manusia memang sifatnya perlu belajar.

Anda baca Al –Quran secara konsisten dan dalam masa yang sama anda fahami apa yang di ceritakan di dalam Al –Quran. Secara agresif, anda ikut apa suruhan Allah taala yang tercatat di dalam Al –Quran dan tinggalkan perkara yang di larang Allah taala.

InsyaAllah, selepas beberapa minggu anda berusaha belajar AL –Quran, hati anda yang penuh dengan ego akan mula jadi hati yang rendah diri dan tawadhuk. Semoga usaha anda berjaya. Wallahualam.

Related posts:

  1. Tip memujuk diri untuk konsisten membaca Al-Quran.
  2. Tenangkan hati dengan membaca AL-Quran.
  3. Perkara yang akan terjadi jika anda tidak belajar Al Quran.
  4. Kelebihan membaca AL-quran yang anda perlu tahu.
  5. Kelebihan membaca Al –Quran pada setiap hari.