Ulasan Ebook=> Raja Adsense: Rahsia Panduan Membuat Duit Tanpa Modal Dengan Google Adsense dalam Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya baru sahaja selesai membaca buku Raja Adsense: Rahsia Panduan Buat Duit Tanpa Modal Dengan Google Adsense (versi 2.5). Apa yang boleh saya katakan ialah buku ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan pendapatan melalui Adsense.

Jika anda masih belum tahu apakah itu adsense, ia adalah merupakan sejenis iklan yang disediakan oleh pihak Google dimana mereka akan berkongsi pendapatan yang mereka perolehi dari para pengiklan kepada pemilik laman web dan meletakkan iklan google di web mereka.

Buku setebal 65 mukasurat ini memang ditulis secara profesional oleh Saudara Shamsuriyadi dan akan memberikan panduan langkah-demi-langkah termasuk pelbagai tips untuk memaksimakan pendapatan melalui Google Adsense.Ia disediakan didalam format pdf.

Buku ini dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu;

#1) Kandungan – Buku ini dimulakan dengan kata aluan dari penulis, mengapa anda perlu merebut peluang untuk tambah pendapatan anda melalui perniagaan internet termasuk potensi bidang ini. Anda juga akan didedahkan tentang apakah sebenarnya Google Adsense dan istilah-istilah yang digunakan, jenis iklan, polisi serta bagaimana bayaran dibuat.

#2) Menjana Wang dengan Adsense – Bagaimana membuat kajian tentang keyword yang menguntungkan, rekabentuk iklan yang sesuai diletakkan serta analisis tentang persaingan

#3) Search Engine Optimization – Enjin carian merupakan salah satu kaedah yang utama untuk mendapatkan pelawat. Didalam buku ini anda akan didedahkan dengan kepentingan meta tag, isi kandungan serta 5 perkara penting yang perlu dilakukan bagi membolehkan laman web anda berada di ranking tertinggi enjin carian seperti Google, MSN dan Yahoo!. Ini pastinya akan membolehkan anda mendapatkan pelawat yang lebih ramai dan seterusnya membolehkan anda memperolehi mendapatan yang lebih lumayan.

#4) Membina laman web – Untuk membolehkan anda memperolehi pendapatan melaui Adsense, anda perlulah mempunyai laman web. Buku ini akan menerangkan langkah demi langkah membina laman web secara PERCUMA dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya. Akan diterangkan juha kaedah memohon akaun adsense serta tips berkaitan setting iklan bagi mendapatkan lebih banyak klik.

#5) Promosi – 10 teknik mempromosikan laman web anda bagi mendapatkan lebih banyak trafik ke laman web anda. Termasuk kaedah Tag dan Ping yang telah berjaya memberikan pendapatan USD48,000 sebulan! kepada seorang anak muda dari Thailand iaitu Sean Wu. Kaedah ini juga telah mengejutkan pakar adsense seperti Joel Comm dan Michael Cheney.

#6) Penutup – Penulis juga mengingatkan pembaca tentang kaedah yang boleh menyebabkan akaun anda ditutup jika melanggar syarat yang dikenakan, 15 tips untuk meningkatkan pendapatan adsense, program alternatif yang boleh disertai serta 220 keyword yang mahal dimana dengan menggunakan keyword ini, anda akan memperolehi lebih banyak pendapatan kerana pulangan yang lebih lumayan. Keyword ini bernilai antara $2- $100 untuk setiap klik yang diperolehi!

Kesimpulan yang boleh saya katakan ialah, buku ini mudah difahami dan pembaca akan dibimbing dengan langkah yang mudah diikuti. Bagi saya sendiri, saya juga dapat belajar beberapa banyak teknik baru untuk diaplikasikan.

Walaupun banyak buku tentang Google Adsense didalam Bahasa Inggeris, sumber di dalam penulisan Bahasa Melayu ini perlu anda miliki kerana ia akan memberikan kita kefahaman yang lebih mendalam terutama bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Google Adsense.

Pembaca juga boleh bertanyakan pelbagai soalan melalui forum yang disediakan. Selain itu, setiap pembelian buku ini juga akan diberikan 6 BONUS PERCUMA yang sangat berguna untuk anda.

Untuk maklumat lanjut tentang buku ini, boleh didapati melalui link ini

Salam sukses!

Related posts:

  1. Pengurusan Masa, Google Adsense dan Belajar Bahasa Arab
  2. BUAT DUIT PERCUMA DENGAN HANYA MEMBACA EMAIL
  3. Berhati-hati sebelum membuat pilihan (Part 2)

9 Comments

  1. sukeri Sunday, 16 July, 2006
  2. siantan Wednesday, 2 August, 2006
  3. ringgithit Tuesday, 1 August, 2006
  4. sydinar Saturday, 5 August, 2006
  5. mdpai Wednesday, 16 August, 2006
  6. ismail Friday, 4 May, 2012
  7. admin Saturday, 5 May, 2012
  8. anne Wednesday, 11 July, 2012
  9. ZoOMartis Friday, 27 July, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge