Usahawan Internet pun kena daftarkan perniagaan

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda satu artikel di akhbar tentang usahawan internet. Agak menggemparkan tapi memang bagus untuk dijadikan iktibar. Jom kita baca..

400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan

PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.
Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.
“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.-Bernama

Saya sendiri dah lama merancang nak daftar nama syarikat ni. Tapi masih belum berkesempatan lagi. Artikel dari Smartzul ni sedikit sebanyak akan dapat membantu kita memahami tentang pendaftaran perniagaan ni.

Related posts:

  1. Download Percuma – Rahsia Usahawan Internet Malaysia Dibongkar!
  2. Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM
  3. Lesen ditarik jika ubah pelan niaga
  4. Bagaimana Menjalankan Perniagaan MLM Melalui Internet
  5. Bagaimana Menjalankan Perniagaan Jualan Langsung (MLM) Melalui Internet

Tags : , , ,

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

2 Comments

Leave Comment

CommentLuv badge