Ahli Keluarga Baru

Alhamdulillah, memperkenalkan cahaya mata keempat saya – Amir b. Azuddin yang selamat dilahirkan pada 16 April 2013 jam 2.18 petang melalui pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan berat 3.045kg.

Memang banyak pahit manis yang perlu ditempuhi dalam proses kelahiran ini. Namun, saya sangat bersyukur kerana semuanya sudah selamat. Amir kini sudah berusia hampir sebulan dan semakin sihat dan tembam. Beratnya yang terkini sudah mencecah 4.25 kg! Demam kuning (jaundis) yang dialaminya juga semakin surut.

Dengan kelahiran bayi baru ini, blog ini juga akan lebih banyak memuatkan info tentang keibubapaan dan kekeluargaan. Diharap Amir akan menjadi seorang anak yang soleh. Aminn.

Leave a Reply

Your email address will not be published.