Al ÂQuran bukan hanya untuk di baca tetapi untuk di amal sekali. Anda tidak boleh baca Al ÂQuran tanpa beramal dan anda anggap anda sudah cukup beriman pada Allah taala. Apa bezanya anda dengan orang kafir yang mengkaji Al ÂQuran tetapi tidak amal apa yang terdapat di dalam Al ÂQuran dengan anda yang baca Al ÂQuran tanpa ada niat untuk beramal dengan apa yang terdapat di dalam Al ÂQuran.
Baca Al ÂQuran sehingga sampai ke hati bermaksud anda benarkan apa yang anda baca dengan hati, lidah dan perbuatan anda.
Maksudnya selepas anda baca Al ÂQuran, anda terus beramal dengan ayat Al ÂQuran tersebut tanpa ragu  ragu. Anda tidak boleh tangguh  tangguh masa untuk anda beramal kerana ia menunjukkan anda sebenarnya tidak beriman tetapi pura  pura beriman. Untuk jadi orang yang benar  benar beriman, anda perlu JUST DO IT. Maksudnya selepas anda baca apa yang tertulis di Al ÂQuran, anda terus beramal tanpa ragu  ragu. Anda terus beriman tanpa ragu  ragu.
Sebagai seorang yang beriman, anda tidak boleh beri alasan untuk tidak tunaikan perintah Allah taala kerana semuanya sudah jelas di dalam Al ÂQuran Sebab itu, anda perlu tunaikan segera perintah Allah taala tanpa banyak berfikir.
Al ÂQuran tidak seharusnya hanya di baca untuk hiburan halwa telinga dan hiburan keroncong suara. Sebaliknnya, Al ÂQuran perlu di baca dengan penuh penghayatan sehingga keluar titisan air mata sebagai tanda syukur pada kebesaran ilahi. Ikhlaskan hati anda untuk membaca Al ÂQuran, insyaAllah bacaan Al ÂQuran akan sampai ke hati anda.