Al ÂQuran ada bercerita mengenai kebaikan orang  orang yang bersabar. Malah Allah taala menyuruh kita untuk sentiasa bersabar. Apabila Allah taala menyuruh kita bersabar, adakah kita perlu persoalkan perintah Allah taala. Adakah Nabi Ibrahim mempersoalkan perintah Allah taala untuk menyembelih Nabi Ismail ? Tidak bukan. Jadi, kita jangan sesekali persoalkan suruhan Allah taala.
Apabila kita membaca suruhan Allah taala di dalam Al ÂQuran, kita perlu terus beramal tanpa ragu  ragu atau persoalkan sama ada perintah itu perlu di ikut atau tidak. Kita perlu terus percaya dan terus beramal.
InsyaAllah, selepas anda beramal apa yang Allah taala suruh di dalam Al-Quran, anda akan faham kenapa Allah taala menyuruh anda berbuat begitu. Sebenarnya bukan mudah untuk jadi seperti Abu bakar As  Siddiq di mana sahabat baginda S.A.W ini membenarkan segala perkara ( ayat  ayat Al-Quran dan sunnah )yang di ajarkan Nabi Muhammad S.A.W tanpa dia persoalkan satu pun suruhan baginda S.A.W.
Jika anda seorang yang rajin berfikir, anda pasti tahu balasan kepada sikap Abu bakar AS  Siddiq yang sentiasa membenarkan Nabi Muhammad S.A.W adalah syurga Allah. Pengajaran dari kisah Abu Bakar As  Siddiq ini adalah kita perlu percaya apa yang Allah taala suruh di dalam Al ÂQuran dan membenarkan kepercayaan itu melalui perbuatan iaitu amalan.
Allah taala suruh kita sabar, kita sabar.
Allah taala suruh kita menutup aurat, kita tutup aurat.
Allah taala suruh kita jangan minum arak, kita jangan minum arak.
Kita tak perlukan alasan untuk kita beramal kerana alasan itu Allah taala akan ajar apabila kita beramal, insyaAllah. Wallahualam.