Sebaik sahaja anda menjadi pengguna simkad tunetalk tone excel. Anda akan mempunyai satu akaun Tunetalk Selfcare secara percuma yang diberikan oleh telco Tune Talk. Akaun ini bukanlah akaun yang menunjukan pendapatan anda dengan toneexcel tetapi ia adalah untuk anda menguruskan talian prepaid Tune Talk anda.
Antara perkara yang anda terdapat di akaun tunetalk selfcare anda ialah:
1. Menyenaraikan semua talian Tune Talk yang dimiliki oleh anda berdasarkan kepada nombor IC/passport
2. Menukarkan nombor telefon tunetalk anda kepada apa jua nombor yang disukai
3. Melakukan Top Up secara Credit Card, Debit Card atau Vouchers.
4. Melakukan Credit Transfer ke nombor prepaid Tune Talk lain.
5. Menyemak perkhidmatan yang digunakan oleh anda.
6. Menambahkan nombor-nombor Tune Buddies untuk dapat kadar lebih rendah.
7. Menyemak butir-butir penggunaan talian seperti panggilan/sms/data dll.
8. Menyemak sejarah Top Up dan baki yang tinggal.
Cara-cara untuk mendapatkan akaun tunetalk Selfcare ini adalah seperti berikut:
1. Sila klik ke laman web Tune Talk – http://www.tunetalk.com/my/
2. Sila klik menu ‘Self Care’ yang selalu terdapat dibahagian atas website. Anda akan perhatikan pop up menu seperti gambar bawah:
3. Masukkan simkad tunetalk toneexcel anda kedalam handphone dan ON kan.
4. Bagi simkad yang pertama kali digunakan, sila buat satu sms atau satu call terlebih dahulu kemana-mana nombor.
5. Sila klik First Time Login? ‘Click here’ satu screen seperti dibawah akan ditunjukkan:
6. Masukkan Nombor IC/Passport anda dan nombor telefon tunetalk toneexcel anda .
7. Anda boleh pilih untuk menerima password melalui telefon atau email. Anda akan menerima password sementara di telefon atau email anda. Sila salin password itu.
8. Anda kini boleh Login semula menggunakan nombor IC/pasport dan password sementara tersebut. Apabila masuk ke akaun anda, sila tukar password itu segera.
Berikut adalah contoh interface member area tunetalk selfcare
Sebarang masalah sila hubungi pihak tunetalk di 03-79490000 atau 13100 atau chat secara online dengan customer service tune talk