Malaysia Bakal Laksanakan Format Baru Perkhidmatan Telefon Selular dengan 3 + 8

Cyberjaya, 2 November 2010, – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengumumkan bahawa Malaysia kini di dalam proses melaksanakan nombor telefon selular dengan format baru iaitu 3 + 8.

Pengumuman tersebut dibuat pada satu sesi taklimat kepada pihak industri, badan-badan kawalselia, pihak media, forum-forum pengguna dan pihak yang berkaitan bagi memudahkan pemahaman mereka terhadap perlaksanaan format baru perkhidmatan telefon selular ini.

Nombor telefon selular baru tersebut bermula dengan prefik-011 dan diikuti oleh lapan digit nombor pelanggan, iaitu 011 1XXX XXXX, akan dilancarkan pada 15 Disember 2010.

Ini merupakan langkah perancangan jangka panjang SKMM setelah mengambil kira jumlah nombor bagi perkhidmatan telefon selular sedia ada iaitu format 3 + 7, semakin berkurangan dan tidak mampu menampung permintaan industri pada masa hadapan. Perlaksanaan ini juga ekoran dari perkembangan terkini dengan peningkatan bilangan pembekal perkhidmatan rangkaian selular dan potensi kepelbagaian perkhidmatan yang bakal diperkenalkan hasil dari perkembangan teknologi telekomunikasi.

Rujuk gambarajah di bawah:

toneexcel-tunetalk

 

 

 

 

 

Artikel rujukan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

P.S ; Jika anda berminat untuk menjadi pengguna telefon bimbit sambil menjana pendapatan, boleh dapatkan info mengenai bisnes prepaid tunetalk ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.