Hari ini saya akan kongsikan anda Tips Pengurusan Masa Yang Efektif. Oleh sebab ia suatu tajuk yang memerlukan huraian yang panjang lebar, saya akan pecahkan dalam beberapa bahagian.
Masa sebenarnya adalah anugerah daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang bernamamanusia yang amat bernilai. Dengan merujuk surah Al-Asr,surah yang ke-103, dapat dibuat kesimpulan bahawa manusia perlu menyedari bahawa masa adalah suatu anugerah Allah SWT yang tidak boleh disia-siakan. Justeru itu, demi kemajuan diri, agama, bangsa dan negara, persoalan masa mestilah diberi perhatian yang serius.
Masa boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu masa lampau, masa kini dan masa akan datang.
- Masa lampau: Merangkumi peristiwa yang telah berlaku kepada kita dan tidak mungkin kita lalui kembali.
- Masa kini: Masa yang kita miliki dan sepatutnya kita gunakan sebaik mungkin.
- Masa akan datang:Masa yang belum tentu dapat kita kecapi, kerana belum pasti kita mempunyai kemampuan untuk melakukannya.
Seterusnya kepentingan masa dapat dilihat dari segi kehidupan kita seharian. Sebagai manusia kita mempunyai dua kehidupan iaitu kehidupan sebagai individu dan berkumpulan.
Antara sebab kita perlu mengurus masa dengan efektif:
(a) Mengelakkan diri daripada membazir masa dengan sia-sia.
(b) Mengelakkan diri daripada amalan menangguh-nangguhkan masa.
(c) Supaya dapat belajar dengan berkesan.
(d) Melatih anda menggunakan masa dengan berkesan.
(e) Mengelakkan diri daripada panik untuk menghadapi peperiksaan.
(f) menjimatkan masa, usaha dan tenaga.
Nantikan bahagian kedua untuk Tips Pengurusan Masa yang Efektif berikutnya.