Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu laman web yang sangat bermanfaat untuk mereka yang menggunakan CPanel.
Apakah sebenarnya CPanel? CPanel adalah satu panel kawalan untuk web hosting yang membolehkan anda menguruskan laman web anda secara online.
Fungsi utamanya ialah membolehkan pemilik menguruskan laman web mereka dengan sendiri tanpa bergantung kepada penyedia hosting. Ini juga bermakna, melalui CPanel anda boleh pelbagai aspek teknikal seperti email, fail, backup, FTP, skrip CGI, statistik dan banyak lagi. Info lanjut tentang CPanel boleh diperolehi di http://cpanel.net .
Okla, saya bukan nak ceritakan lebih detail tentang CPanel ini. Sebenarnya sebelum menggunakan web hosting berbayar untuk http://tambahpendapatan.com saya mempunyai laman web di Yahoo!Geocities. Tiada masalah yang timbul semasa menggunakannya sebab ia lebih mesra pengguna.
Selepas beberapa ketika, akhirnya saya berpindah ke hosting berbayar kerana bagi saya ia adalah lebih profesional dan sesuai dengan tujuan utama saya membina laman web iaitu untuk menjalankan perniagaan.
Salah satu masalah saya didalam menguruskan laman web ialah menggunakan CPanel. Walaupun ada panduan yang disediakan untuk dibaca. Tapi kalau ada video yang memberikan langkah-demi-langkah untuk menggunakan sepenuhnya potensi Cpanel ini, pastinya ia sesuatu yang menggembirakan.
Oleh itu, hari ini semasa “jalan-jalan” di internet, saya terjumpa satu laman web yang menyediakan pelbagai tutorial didalam bentuk video untuk mengendalikan fungsi-fungsi di� CPanel ini seperti email setting, subdomain create subdomain, password protected folder dan sebagainya.
Anda boleh mengikuti tutorial didalam bentuk video ini melalui laman web http://www.lunarpages.com/tutorials/ . Video ini disediakan didalam format Macromedia Flash Player. Jika anda belum milikinya, boleh download� disini .
Bagi saya memang banyak yang dapat saya pelajari melalui video ini dan yang paling penting ia mudah difahami. Kalau membaca tu agak susah untuk� menggambarkan apakah langkah yang� perlu dilakukan untuk membuat setting,� tetapi melalui video� semuanya ditunjukkan secara� terperinci.�
Okla, rasanya cukup untuk hari. Harap ia dapat kita sama-sama manfaatkan.
Salam sukses!
P.S:
Jika anda ingin mempelajari bagaimana anda boleh Membina Laman Web untuk Perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan mengenai satu workshop mengenainya bakal diadakan. Peserta juga akan memperolehi nama domain dan webhosting percuma selain pelbagai bonus lain yang tidak ternilai. Tempat adalah terhad. Maklumat lanjut boleh anda perolehi melalui laman web ini.
O ada tutorial ke lebih mudah la kalau camtu Tq..
Owh. jadi selepas ni x payahlah bergantung kepada penyedia hosting..
Terima kasih untuk info yang sangat berguna ni.Senang la sikit nak belajar cara-caranya kalau ada panduan bergambar.Selama ni saya guna dua tiga tools saja sebab malas nak ambil tahu tools yang lain.Kadang-kadang susah gak nak faham kalau dalam bentuk ayat saja.
Thanx..for the good info…
Ada juga info seumpama ini di sini
terima kasih diatas komen anda semua.
labanon,
ada juga penyedia hosting yang turut sertakan video ni. lunarpage juga salah satu daripada penyedia hosting.
sukeri,
memang dengan cara ni kita lebih cepat faham daripada dibaca di manual sahaja.
cara pengunaan dia pun mudah